Assalamualaikum wahai kawan-kawan dunia blog! hehehe, sudah lama rasanya saya x mengupdatekan blog saya nampaknye! Bukan ape, cuma.... tak tahulah kenapa. Hihihi,,,mungkin sebab ayat yang perlu saya perlu bina dulu biar cun-cun dulu kot,,,hahah,,(macamlah ayat tgh cun sekarang! =) ). Okeylah, nak bercerita tentang expedisi saya dan madi+emah pergi ke Desaru ni. umm,, nak mula macam mana ek? umm,,jap ek,,rasanya macam kaku sikit ber"saya" ni, nak ber"aku" boley tak? Hehehe,,=), baru rasa dekat sikit, hihihi. Okeylah, aku akan mulakan perjalanan kami dari UTM (Universiti Teknologi Malaysia) dulu ek?
Bismillahirrahmanirrahim.....
21 JUN 2012
Okey, pagi tu aku bangun agak lewat sikit. Hihihi,,tapi aku rasa takde lar lewat sangat, dalam pukul 9 pagi kot aq bangun rasanya. umm, bangun-bangun je aku terus pergi mandi sebab teringatkan si madi nak guna kereta nak pergi fakulti hantar assignment. Aku ingatkan dia nak suruh aku hantar dia pergi, tu yang aku cepat-cepat mandi tu, Hihihi,,tapi nasib baik madi boleh drive sendiri, kikiki,,bukan ape, cume aku kalau jalan sibuk ni agak menggetarkan jiwa raga lar semasa drive tu. Okey, semasa madi pergi ke fakulti aku pergi naik atas dulu iaitu ke bilik jiha+mila. Umm,,memang peberet aku la tu pergi masuk bilik orang pagi-pagi buta ni, dan bila je aq bukak pintu, diorang masih membuta lagi, heheh, tapi aku nampak jiha dalam mamai, so aku pun melepak la atas katil dia,,hihihi,,bukan ape, takut nanti tak sempat jumpa before balik kampung. Umm,, agak lama la jugak aku duk bercerita ngan jiha tu,, and then, bila difikirkan balik, aku dah patut turun bawah, check phone, takot ada orang call ke hape. So, aku turun bawah je la. Turun je bawah, madi dah kelihatan kat dalam bilik dia. Ingat dah settle bab-bab assignment, tapi assignment Titas belum settle lagi, planning nak hantar semasa kami dah on the way nak gerak ke Desaru nanti. So, aku ikut je,,,and perkara yang masih lagi belum disettlekan lagi ialah "membasuh kereta"! haiihhh,,bukan ape, kereta tu dah tak nampak rupa putih dah, hitam je, disebabkan habuk! Haiisshh! Mungkin tuan punyer kereta ni ialah lelaki, so, jaranglah depa cuci kereta. So, aku dengan madi start lah actvt cuci kereta berdua, memandangkan si emmah belum lagi bangun tadi. Kiteorang suruh dia pergi mandi dulu, hal kereta, kami yang uruskan. (untunglar kau emmah!) Tular, semalam aku dah pesan, tidur awal. Selesai je cuci kereta, aku dan madi angkut barang-barang masuk kereta supaya save time nanti.Barang aku sikit je kali ni, cume satu beg pikul dengan handbag aku. Hihihi..and then, apabila semua orang selesai, kami bergambar dulu didepan kereta bersempena jugak sebab si Tirah dah nak balik. Inilah hasilnya,,,kat bawah ni...
 |
tirah n emmah dan xlupe jugak sang keretaku sementara! =) |
 |
alamak! maaf la,,yang ini tersenget la plak! =) |
 |
aiihh,,main-main pulak budak2 ni penat je aku tunggu nak snap! |
 |
haa,,ni adalah BFF aku yang aku tak akan lupe! (madi, emmah, tirah) |
Okeyla, kite sambung lagi cerita kita. Hihihi,,umm,,selesai je snap-snap gambar, kami pun kemas dan check semua barang-barang yang perlu dibawa dan semuanya berjalan dengan lancar. Syukurlah, bolehlah kiteorang gerak dengan senang hati kejap lagi. Okeyla, bye-bye tirah! Dan bermulalah expedisi kami. Tapi sebelum tu kena persi Fakulti Tamadun Islam sebab madi nak hantar assignment dia. Nasib baik kat fakulti tu tak la ramai sangat orang, so aku main masuk je dalam tu, dan siap parking kereta depan fakulti tu lagi! hahah,,,ape nak jadi la dengan aku ni. Madi dan emmah pun pergilah hantar assignment tu. So, tinggallah aku sensorang dalam kereta. Dan keboringan pulak datang.....so, aku pun adalar snap sikit.
 |
hihi,,sebenarnya masa tu hujan dah mula turun sikit-sikit =) |
hihi,,agak lama la jugak si madi dan emmah pergi hantar assignment, diorang cakap tak jumpa bilik ustaz,,haha,,yelarkan,, memang masuk akal la jugak sebab kiteorang mana pernah datang bilik ustaz sebelum ni,,hihihi,,maaf ustaz! So, after diorang settlekan benda tu, kiteorang pun pergi la dekat kafe Kolej K9, sebab emmah nak keluarkan duit. Selesai je semua hal-hal yang remeh-temeh tu, maka bermulalah perjalanan kami ni, yang mana mengambil masa kira-kira dalam 1jam lebih la. Umm,,agak merungsingkan la jugak sebab aku drive kereta manual ni. Letih la nanti kaki eden! Yelah, kereta auto aku tak pandai la. Umm,,kalau nak ke Desaru, aku kene lalu highway Skudai and then ambil jalan macam nak pergi ke airport Senai. Hurmm,,, yang tu aku ingat la jalannya, then after that, kena pandai-pandailah tengok signboard! Almaklumlah, kiteorang ni bukan orang JB,,hihi,,kalau nak pergi mana-mana tu, hanya tawakal jelar dengan signboard yang ada. Dan diri ini pun dah terbiasa sesat di bumi Johor ni. Tapi, aku seronok je drive dekat Johor ni sebab banyak guna highway! Hihihi,,I like highway! So, perjalanan kiteorang agak lama la jugak, dan aku sangat-sangat teruja masa tu sebab bila masuk je highway baru menuju ke Desaru tu, kereta tak banyak sangat. Tapi hari tu aku tak drive laju disebabkan kejadian malam sebelumnya yang mana aku telah terlanggar devider tempat parking kereta. Haihhh,macam ape dah perasaan masa tu, ditambah lagi kalau ada kawan yang macam sentiasa tak percaya yang kite boleh buat sesuatu benda, lagilah aku down masa tu! Haiihh,,tapi semua tu dah berlalu macam angin dan aku dah tak kisah dah,,heheh,,dan kiter sambung lagi ye, dalam on the way tu, sempat jugak kiteorang snap-snap gambar along the journey. Tapi bukan aku la, madi yang snap gambar, hihih,,
